Dalam diam pelakon dan penyanyi Kim Sung Joo rupanya sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, menurut petikan dari mStar.
Rahsia itu terbongkar apabila kenalannya dikenali sebagai Wen Han Uniq menghantar mesej dalam bentuk audio pada ulang tahunnya baru-baru ini.
Lebih parah apabila mesej itu dimainkan dalam sebuah program secara langsung.
Dalam ucapan Wen Han mahu memeluk anak lelakinya kerana sudah lama tidak berjumpa.
“Adakah anak lelaki awak sedang tidur? Beritahu dia untuk bangun segera dan memeluk bapa saudaranya yang datang,” katanya.
Sebaik sahaja rakaman tersebut tersebar rata-rata peminatnya berdebat mengenai status sebenar Sung Joo.
Malah dia secara peribadi mengakui perkara tersebut di Instagram miliknya.
“Saya meminta maaf kerana mengejutkan orang ramai dengan berita ini (perkahwinan), selain tidak berlaku jujur.
“Saya ingin berterus terang kepada peminat tetapi ada perkara menghalang saya daripada berbuat demikian sebelum ini.
“Walaupun sudah terlewat tetapi saya ingin hidup bahagia bersama keluarga dan menjadi suami dan bapa yang baik,” katanya. – Agensi