Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakhine kini stabil

    YANGON, 1 Okt – Myanmar telah membuka semula sekolah untuk kanak-kanak etnik Rakhine di bandar yang terjejas teruk oleh keganasan perkauman baru-baru ini mengisytiharkan ‘kestabilan’ telah kembali, kata media hari ini, namun beribu-ribu penduduk Rohingya Islam masih berpindah dari kawasan yang sama.

    Negeri Rakhine telah menjadi kucar-kacir selepas pergolakan meletus pada akhir Ogos, apabila serangan oleh militan Rohingya mencetuskan tindakan keras tentera yang dikatakan oleh PBB bersamaan dengan ‘penghapusan kaum.’

    Separuh daripada satu juta penduduk Rohingya di Rakhine telah melarikan diri ke Bangladesh sejak itu, mewujudkan krisis pelarian terbesar di dunia, mendakwa penduduk mereka dibakar oleh tentera dan perusuh Rakhine.

    Keganasan juga telah menyebabkan hampir 30,000 penduduk etnik Rakhine, yang beragama Buddha dan Hindu kehilangan tempat tinggal.

    Pegawai pendidikan berkata sekolah telah dibuka semula di bandar Maungdaw dan Buthidaung “ketika kestabilan kembali” di tengah keganasan, menurut satu laporan oleh akhbar Global New Light of Myanmar hari ini.

    “Sekolah di kampung etnik adalah selamat dan terjamin,” katanya dalam rujukan kepada kawasan yang dihuni oleh penduduk Rakhine beragama Buddha yang diiktiraf sebagai salah satu penduduk minoriti etnik Myanmar.

    “Namun kami perlu memikirkan mengenai sekolah di kampung Bengali” di tengah kebimbangan keselamatan yang berterusan, pihak berkuasa pendidikan Rakhine dipetik sebagai berkata.

    Rohingya tidak diiktiraf sebagai kumpulan etnik dan sebaliknya dilabel oleh negeri sebagai ‘Bengali,’ melucut status sah mereka di Myanmar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda