Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakitic sertai Hajduk Split

    ZAGREB, 22 JULAI – Bekas pemain tengah antarabangsa Croatia, Ivan Rakitic, telah menandatangani kontrak dengan Hajduk Split, umum kelab itu kelmarin.

    Rakitic yang tiba selepas membatalkan perjanjiannya dengan pasukan Saudi iaitu Al-Shabab, akan bermain untuk Hajduk pada musim akan datang.

    “Salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Croatia beberapa minit sebelum tengah malam telah menandatangani perjanjian dengan Hajduk sehingga akhir musim dengan pilihan untuk lanjutan satu musim lagi,” umum Hajduk Split di laman webnya.

    Rakitic, yang dianggap oleh Hajduk sebagai pemain yang paling disegani dalam liga Croatia, akan diperkenalkan secara rasmi hari ini pada sidang akhbar di Split.

    Pemain berusia 36 tahun itu memulakan kerjayanya di Basel, Switzerland, kemudian bermain untuk Schalke 04 dari Jerman dan Sevilla serta Barcelona di Sepanyol. – AFP

    Gambar fail bertarikh 15 Julai 2018 menunjukkan Rakitic (kiri), bersaing dengan Griezmann untuk mendapatkan bola semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Dunia Rusia 2018 antara Perancis dan Croatia di Stadium Luzhniki di Moscow. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda