CANBERRA, 23 JUN – Orang awam diminta membantu menjejaki spesies katak baharu di Australia Selatan (SA), lapor Xinhua.
Ia menarik perhatian penyelidik apabila dua rakaman bunyi katak menguak yang seakan-akan “bunyi keriut pintu”, dimuat naik ke FrogID projek Sains Warganegara Nasional Muzium Australia untuk penyelidikan katak.
Lembaga Lanskap Semenanjung Eyre telah meluluskan dana untuk mempelajari tentang spesies baharu ini.
Tiada maklumat lanjut diketahui mengenai spesies ini selain bunyi menguak dan ia ditemui di hujung selatan Semenanjung Eyre, di barat Adelaide.
Steve Donnellan, ahli biologi dari Muzium SA, menggalakkan orang ramai di kawasan itu untuk memperhatikan katak tersebut.
Jika ia ditemui, penyelidik akan bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk menamakannya.
Ia akan menjadi spesies katak kelima yang diketahui mendiami kawasan lebih rendah.
Penyelidik percaya bahawa spesis amfibia ini berkait rapat dengan toadlet coklat kecil yang biasa didapati di seluruh negara itu. – Bernama