Oleh Pg Fairol RMF
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Acara persembahan khas bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berlangsung dengan meriahnya apabila ia diisikan dengan persembahan padang penuh gilang-gemilang yang antaranya memuatkan aspek nyanyian dan tarian.
Acara yang disembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang bertemakan ‘Raja Peneraju Rakyat Bersatu’ itu berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini.
Persembahan berkenaan menampilkan penyertaan daripada pelbagai bangsa, etnik dan budaya yang menunjukkan perpaduan dan kesetiaan kepada Baginda Sultan.