Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat hadiri Istiadat Barisan Kehormatan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI Keriangan jelas terpancar pada wajah setiap rakyat dan penduduk ketika menantikan keberangkatan raja yang dikasihi ke Istiadat Barisan Kehormatan bersempena Memperingati Hari Keputeraan Baginda ke-78 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien pagi tadi.

    Ratusan rakyat dan penduduk di daerah berkenaan berpusu-pusu membanjiri ibu negara bagi sama-sama memeriahkan acara yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Wartawan Media Permata berkesempatan menemui Awang Haji Sohaili bin Haji Mohidi, 53 tahun selaku Pengerusi Al Uswah Kesatuan Ibu Bapa Alumni PKBN mengongsikan ucapannya selaku seorang rakyat negara Brunei Darussalam.

    Awang Haji Sohaili seperti biasa tidak ketinggalan menyaksikan upacara berkenaan.

    Beliau berkata, KDYMM Baginda Sultan selaku Ulil Amri yang memimpin kerajaan dengan penuh dedikasi telah berjaya membawa rakyat dan penduduk serta masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini kekal hidup aman damai dan harmoni.

    “Semoga KDYMM Baginda Sultan kekal berada di singgahsana kepimpinan negara sebagai seorang Raja yang berdaulat dan dikasihi rakyat, dipanjangkan usia Baginda Sultan, kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dalam rahmat dan keberkatan Allah,” ujarnya.

    Sementara Dayang Mariani binti Haji Abu Bakar, Pegawai Perhubungan Jabatan Muzium-Muzium, mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyertai majlis istiadat barisan kehormatan itu bagi memperingati hari puja usia yang ke-78 Baginda Sultan.

    Dayang Mariani Haji Abu Bakar turun padang bagi sama-sama memeriahkan majlis sitiada barisan kehormatan.

    Seterusnya, salah seorang pesara anggota Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei (ABDB), PW1(B) Awang Ali bin Haji Mohd. Salleh, sewaktu ditemu ramah di sekitar kawasan Taman SOAS menyatakan rasa bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyaksikan upacara yang penuh bersejarah itu setiap tahun.

    PWI (b) Ali bin Haji Mohd Salleh setia menyaksikan upacara barisan kehormatan

    Beliau juga sangat kagum terhadap kepimpinan KDYMM Baginda Sultan yang khususnya berpaksikan Al Quran. Baginda juga sering menitahkan agar seluruh rakyat bersama-sama mengimarahkan program Malam Munajat bagi memohon perlindungan serta keberkatan Allah, dalam memastikan pendekatan berlandaskan agama yang dititik beratkan di kalangan masyarakat dan rakyat Baginda.

    Ikuti berita selanjutnya dan temu bual penuh dalam Media Permata edisi Selasa 16 Julai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda