Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat India tak endah peningkatan virus, tetap rai Holi

    NEW DELHI, 29 MAC – Penganut Hindu membaling serbuk berwarna dan menyembur air ketika menyambut perayaan Holi besar-besaran hari ini meskipun banyak negeri-negeri di India masih melarang perhimpunan dalam usaha mengekang kemunculan semula koronavirus yang melumpuhkan di seluruh negara.

    Holi menandakan ketibaan musim bunga dan diraikan secara meluas oleh majoriti penganut Hindu India. Dalam tahun-tahun sebelumnya, berjuta-juta orang akan membaling serbuk berwarna ke arah satu sama lain di jalan-jalanan. Namun buat tahun kedua berturut-turut, orang ramai digalakkan untuk kekal di rumah dan mengelak keraian menjadi acara penular virus di tengah-tengah peningkatan virus.

    India mengesahkan jangkitan melebihi 60,000 setiap hari dalam masa beberapa minggu kebelakangan daripada jumlah rendah kira-kira 10,000 kes dalam Februari. Hari ini, kementerian kesihatan melaporkan 68,020 kes baharu, peningkatan tertinggi harian semenjak Oktober tahun lalu. Ia menjadikan jumlah keseluruhan lebih 12 juta.

    Angka kematian harian meningkat 291 orang dan virus setakat ini meragut 161,843 orang di negara itu.

    Pakar kesihatan bimbang perhimpunan tidak diperiksa boleh membawa kepada kluster-kluster baharu, menambah situasi itu boleh dikawal jika vaksinasi dibuka bagi lebih ramai penduduk dan protokol COVID-19 dipatuhi.

    India dengan populasi lebih 1.3 bilion, memvaksin sekitar 60 juta orang, yang mana daripadanya, hanya 9 juta menerima dua dos vaksin setakat ini. –AFP

    Petani meraikan perayaan Hola Mohalla yang berlangsung pada festival Holi, dengan masing-masing membaling serbuk berwarna ke arah satu sama lain. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda