Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rakyat Indonesia bantah pelarian Rohingya

    INDONESIA, 7 DIS – Lebih 100 rakyat Indonesia membantah kelmarin terhadap pelarian Rohingya yang tiba di pulau barat bersama bot minggu lalu, menggesa mereka dipindahkan dan bertelegah dengan polis.

    Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam dan dianiaya di Myanmar yang majoritinya beragama Buddha, telah mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun dalam perjalanan laut untuk cuba tiba ke Malaysia atau Indonesia.

    Bulan lalu terdapat peningkatan dalam perjalanan ke wilayah Aceh paling barat di Indonesia dari kem pelarian Rohingya di Bangladesh – pelayaran sejauh kira-kira 1,800 kilometer dengan lebih 1,000 ketibaan dalam gelombang terbesar.

    Sekumpulan 139 pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak mendarat di pulau Sabang pada Sabtu, tetapi penduduk tempatan mengancam untuk menhalau mereka kembali ke laut dan mendesak pihak berkuasa memindahkan mereka. Mereka kemudiannya dipindahkan ke dermaga di mana mereka ditempatkan di dalam khemah. Pada Rabu, puluhan polis menyekat sekumpulan kira-kira 150 penunjuk perasaan yang cuba menceroboh pintu pagar dan menolak pegawai untuk sampai ke kawasan tempat pelarian berlindung, menurut rakaman yang dikongsi di media sosial.

    “Rakyat boleh menyampaikan aspirasi mereka. Kami hanya mengawal kawasan itu. Kami mengarahkan anggota kami untuk keselamatan,” kata ketua polis Sabang, Erwan, yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan satu nama.

    “Keadaan selamat dan terkawal. Orang ramai menolak pagar kerana mahu masuk,” katanya merujuk kepada kawasan di mana pelarian itu tinggal. – AFP

    Lelaki Rohingya duduk di pantai selepas mereka mendarat di Sabang, wilayah Aceh, Indonesia pada 22 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...