Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Iran bantah inflasi

    DUBAI, Amiriah Arab Bersatu, 29 Dis – Rakyat Iran yang berasa marah dengan kenaikan harga makanan dan inflasi melancarkan protes di bandar kedua terbesar negara itu dan kawasan lain semalam, memberi tekanan kepada Presiden Hassan Rouhani tatkala perjanjian nuklear beliau dengan kuasa dunia masih tidak terjamin.

    Bantahan di Mashhad menyaksikan polis membuat beberapa penangkapan, kata pihak berkuasa tempatan, walaupun Pengawal Revolusi yang berpengaruh di negara dan sekutunya tidak campur tangan sama seperti yang dilakukan oleh mereka dalam tunjuk perasaan lain sejak pilihan raya Iran pada 2009.

    Masih tidak jelas jumlah orang yang mengambil bahagian dalam bantahan semalam, walaupun pos dalam media sosial mencadangkan beberapa ribu orang mungkin menunjuk perasaan pada rapat di sekurang-kurangnya tiga bandar lain.

    Agensi berita Iran IRNA memetik gabernor bandar timur laut Mashhad, Mohammad Rahim Norouzian sebagai berkata terdapat perhimpunan “Tidak kepada harga tinggi” di bandar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda