ANKARA, 30 SEPT – Kedutaan Itali di ibu negara Rusia kelmarin menggesa semua rakyatnya di negara itu untuk keluar kecuali atas sebab tertentu, lapor agensi Anadolu.
“Memandangkan perkembangan terkini dalam konteks antarabangsa dan kesukaran yang semakin meningkat untuk perjalanan menerusi laluan udara dan darat dari Rusia, rakyat Itali yang berada di Rusia disyorkan untuk menilai sama ada perlu atau tidak untuk kekal di sana, atau meninggalkan negara itu,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan. – Bernama
