Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keadaan rumah selepas konflik Kemboja-Thailand

    O’SMACH, 31 JULAI – Pecahan kaca, motosikal dan patung Buddha yang terbakar menanti kepulangan Soth Sim, 63, ke kediamannya di kampung Phrong berhampiran sempadan Kemboja dan Thailand di mana pertempuran berlaku beberapa hari lalu.

    Ketika beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal di Kemboja dan Thailand kini mula pulang ke rumah, ada yang mendapati kos peribadi dari pertembungan hampir seminggu itu telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 41 orang dan kehilangan lebih 260,000 yang lain.

    Soth Sim memutuskan untuk pulang ke rumahnya di wilayah Oddar Meanchey di Kemboja, yang terletak 15 kilometer dari sempadan dengan wilayah Surin di Thailand kerana gencatan senjata antara kedua-dua negara.

    Dia dan lapan keluarganya melarikan diri ke kem perpindahan di Battkhao, 60 kilometer iaitu 35 batu jauhnya, ketika tembakan bermula seminggu lalu.

    Rumahnya telah musnah dijilat api dan perabot serta kelengkapannya dibakar, sementara stesen minyak berhampiran yang dimiliki dan dikendalikannya juga telah rosak teruk.

    Kerosakan rumah dan perniagaannya dianggarkan mencecah sekitar AS$100,000 dan menyebakkan terfikir bagaimana dia akan menghadapinya.

    Kedua-dua negara Kemboja dan Thailand menyalahkan satu sama lain kerana memulakan melepaskan tembakan dalam pertempuran yang bermula minggu lalu.

    Perjanjian gencatan senjata yang diuruskan oleh Malaysia Isnin lalu dengan sokongan dari Amerika Syarikat dan China dilihat akan bertahan, tetapi ketegangan dan ketidakpercayaan kekal tinggi.

    Lebih ramai orang dijangka kembali ke kediaman masing-masing dalam beberapa hari akan datang, dan berharap akan terhindar daripada kemusnahan. – AP

    Sebuah motosikal yang terbakar berada dalam runtuhan bangunan di O’Smach, Oddar Meanchey di Kemboja pada Rabu lepas. – AP
    Atas & Bawah: Keadaan dalam rumah akibat dari pertempuran kedua buah negara. -AP 

    Dinding rumah yang berlubang akibat dari pertempuran itu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda