Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji

    KUALA LUMPUR, 17 MEI – Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah sebelum memulakan perjalanan ke Arab Saudi.

    Menerusi beberapa hantaran di X, Konsulat Jeneral mengulangi komitmen mereka untuk membantu rakyat Malaysia di Arab Saudi.

    Bagaimanapun, Konsulat Jeneral mengingatkan bahawa individu yang melanggar peraturan dan undang-undang Arab Saudi mesti bersedia untuk berdepan tindakan dikenakan.

    “Mana-mana individu yang didapati tidak memiliki visa/permit haji yang sah akan dikenakan denda sebanyak SAR10,000 atau bersamaan RM12,485.81 (AS$2,666.66) dan akan dihantar pulang ke negara asal (tanpa sempat menunaikan haji), selain disenarai hitam dari memasuki negara ini,” katanya.

    Konsulat Jeneral pada masa sama menasihati semua rakyat Malaysia agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

    Ini termasuk mengelak daripada cuba menunaikan ibadah haji tanpa visa atau permit haji yang sah seperti visa pelancong, visa umrah dan sebagainya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...