Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Malaysia nikmati transfomasi digital

    KUALA LUMPUR, 14 Feb – Kalangan perniagaan dan pengguna Malaysia semakin menerima idea perubahan dan memanfaatkan impak gelombang transformasi digital yang menyaksikan elemen seperti ‘Internet-of-Things’ atau komunikasi antara peranti elektronik, menjadi antara topik hangat yang dibincangkan.

    Seiring ledakan pertumbuhan platform pasaran e-dagang di Malaysia seperti Zalora and Lazada yang turut menular ke media sosial seperti facebook, perkembangan teknologi ini seakan tiada pasang surutnya bukan sahaja dalam industri runcit malah keseluruhan ekosistem serta gaya hidup masyarakat.

    Statistik Bank Negara Malaysia menunjukkan sejumlah 25.2 juta pelanggan perbankan internet bagi tempoh Januari hingga November 2017 di negara ini, iaitu meningkat daripada 22.8 juta pada 2016.

    Bagi perbankan mudah alih pula, angkanya melonjak kepada 11.26 juta pengguna bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 berbanding 8.94 juta orang pada 2016.

    Mengulas perkembangan itu, Pengarah Eksekutif iPay88 Holding Sdn Bhd, Chan Kok Long berkata sektor e-dagang itu dijangka meningkat berikutan kadar penembusan internet dan perbankan mudah alih yang lebih tinggi selain kewujudan kemudahan seperti e-dompet juga secara mudah alih. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda