Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Malaysia terkandas di Sudan selamat tiba di Jeddah

    PUTRAJAYA, 5 MEI – Tiga rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Sudan berikutan pertempuran bersenjata di negara itu telah selamat tiba di King Faisal Naval Base, Jeddah, Arab Saudi awal pagi Jumaat dan mereka dijangka akan kembali ke tanah air pada Ahad ini.

    Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan hari ini berkata ketiga-tiga mereka telah tiba di Jeddah dengan kapal tentera laut Arab Saudi ‘Amanah’ pada pukul 12:50 tengah malam waktu Malaysia.

    Katanya, ini merupakan hasil usaha Kementerian Luar (Wisma Putra), Pasukan Khas Operasi Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Kerajaan Arab Saudi serta beberapa pihak lain.

    Ketibaan mereka disambut Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan kemudian dibawa ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi, menurut kenyataan itu.

    Ketiga-tiga mereka dijangka tiba di tanah air pada 5 pagi (waktu Malaysia) pada 7 Mei melalui pesawat Saudia SV842 yang telah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah. – Bernama

    Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama sebahagian rakyat Malaysia yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dari Jeddah hari ini setelah selamat keluar dari Sudan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda