SINGAPURA, 29 NOV – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan satu daripada empat kes import yang dilaporkan semalam membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 36 tahun.
Diletakkan sebagai kes 58413, lelaki pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu dikenakan Notis Duduk di Rumah (SHN).
Menurut kementerian, lelaki berkenaan dan empat kes import yang lain tidak bergejala (asymptomatic) dan dikesan menerusi saringan dan pemantauan proaktif.
Setakat 12 tengah hari semalam, republik itu melaporkan enam kes baharu dengan satu kes penularan tempatan, menjadikan keseluruhan kes kepada 58,205. – Bernama