KUALA LUMPUR, 26 Julai – Rakyat Malaysia dikecualikan daripada membayar cukai pelancongan bagi semua jenis hotel dan premis penginapan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata sebaliknya, cukai berkenaan akan dikenakan terhadap pelancong asing yang tinggal di semua jenis premis penginapan pada kadar RM10 bagi setiap bilik satu malam.