Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat M’sia hadapi cara baru harga bahan api

    KUALA LUMPUR – Bermula 29 Mac yang lalu, rakyat Malaysia telah menyaksikan harga bahan api di pam minyak ditetapkan setiap minggu, bukan lagi setiap bulan seperti yang dilaksanakan sejak Disember 2014.

    Dengan itu, pelarasan harga bahan api, iaitu petrol dan diesel, akan diumumkan pada tengah malam Rabu dan harga itu akan berkuat kuasa pada setiap hari Khamis. Bagi pengguna, ini bermakna harga runcit bahan api di pam akan kekal sama atau berubah setiap Khamis.

    Kaedah penetapan harga mingguan itu dikatakan perlu dalam menambah baik pelaksanaan pengapungan terkawal secara bulanan sebelum ini khasnya memandangkan harga minyak dunia berubah setiap hari. Oleh itu perubahan harga setiap bulan itu kemungkinan tidak menunjukkan harga sebenar kepada pengguna.

    Baik buruk penetapan harga mingguan

    Mengulas perkara berkenaan, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata dengan cara ini sebarang kenaikan atau penurunan harga akan berlaku dalam julat yang rendah iaitu antara 5-10 sen. Ini lebih baik berbanding pengumuman secara bulanan yang menyebabkan perubahan harga pada julat 10-20 sen.

    Namun, mekanisme pengumuman secara mingguan atau bulanan tidak banyak membawa perbezaan kepada pengguna ekoran penetapan harga yang masih berdasarkan pada harga minyak mentah dunia. Tambahnya kebergantungan kerajaan terhadap harga minyak dunia dalam menentukan harga bahan api tempatan dibimbangi akan menjadi beban yang lebih besar kepada rakyat jika harganya terus meningkat.

    “Apa yang pengguna ingin tahu ialah berapa harga minyak yang perlu mereka bayar dan sama ada kerajaan akan kawal harga minyak atau tidak? Jika kerajaan hanya mengumumkan harga secara mingguan tetapi tiada perancangan untuk mengawal harga minyak, pengguna tetap berhadapan masalah sama.

    “Contohnya, harga petrol RON95 sekarang RM2.30 sudah dianggap tinggi oleh pengguna, apatah lagi jika harga semakin meningkat. Justeru, kerajaan perlu mengawal dan menetapkan harga jika ia melebihi kemampuan. Kerajaan perlu memberi subsidi bersasar bahan api khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

    “Di negara lain seperti Singapura dan Hong Kong, kenaikan harga minyak bukan masalah besar bagi rakyat kerana mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap dan sebahagian besar rakyat menggunakannya,” katanya kepada Bernama.

    Beliau menambah, meskipun harga minyak di negara-negara itu agak tinggi, kerajaan memberikan subsidi kepada pengangkutan awam bagi memastikan ia menjadi pengangkutan utama rakyat.

    Kaedah penetapan harga mingguan itu dikatakan perlu dalam menambah baik pelaksanaan pengapungan terkawal secara bulanan sebelum ini khasnya memandangkan harga minyak dunia berubah setiap hari.
    Kaedah penetapan harga mingguan itu dikatakan perlu dalam menambah baik pelaksanaan pengapungan terkawal secara bulanan sebelum ini khasnya memandangkan harga minyak dunia berubah setiap hari.
    Namun, mekanisme pengumuman secara mingguan atau bulanan tidak banyak membawa perbezaan kepada pengguna ekoran penetapan harga yang masih berdasarkan pada harga minyak mentah dunia.
    Namun, mekanisme pengumuman secara mingguan atau bulanan tidak banyak membawa perbezaan kepada pengguna ekoran penetapan harga yang masih berdasarkan pada harga minyak mentah dunia.
    Mekanisme baharu ini hampir sama dengan kaedah yang dilaksana di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang patuh dengan kawalan Federal Trade Commission (FTC) atau organisasi kawalselia pasaran masing-masing.
    Mekanisme baharu ini hampir sama dengan kaedah yang dilaksana di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang patuh dengan kawalan Federal Trade Commission (FTC) atau organisasi kawalselia pasaran masing-masing.

    Kebaikan ekonomi

    Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Ridhuan Bos Abdullah berkata setiap campur tangan kerajaan dalam kawalan harga dan peraturan bertujuan memastikan pasaran beroperasi dengan cekap dan membawa kebaikan kepada ekonomi negara.

    Beliau turut berpendapat kerajaan mengambil kira kesan daripada mekanisme sebelum ini (penetapan secara bulanan) sebelum memperkenalkan mekanisme baharu ini (penetapan secara mingguan).

    “Mekanisme baharu ini hampir sama dengan kaedah yang dilaksana di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang patuh dengan kawalan Federal Trade Commission (FTC) atau organisasi kawalselia pasaran masing-masing.”

    “Kita mengharapkan sebarang perubahan harga akan memberi kelebihan kepada kerajaan daripada aspek ‘cost-saving’ dan seterusnya kos yang dijimatkan itu disalurkan kepada pengguna (industri dan isi rumah). Jika berlaku kenaikan harga minyak, kita juga berharap kerajaan akan lebih fleksibel dan dapat bertindak lebih awal sebagai contoh mampu menyerap kenaikan harga yang munasabah,” katanya.

    Kemungkinan penetapan harga secara mingguan ini mencetuskan persaingan sengit dalam kalangan pengusaha stesen-stesen minyak, Muhammad Ridhuan Bos berkata persaingan itu akan memberi kelebihan kepada pengguna. Pengusaha stesen minyak akan mengadakan promosi dengan memberi diskaun harga minyak kepada pengguna.

    “Tidak dinafikan isu kartel atau pakatan (monopoli) mungkin timbul, namun Akta Persaingan 2010 boleh menghalang perkara itu sekaligus bertindak sebagai anti kartel dan anti monopoli,” katanya sambil menjelaskan Akta Persaingan 2010 bertujuan menggalakkan pembangunan ekonomi dan persekitaran yang kompetitif serta sihat dengan meningkatkan dan melindungi proses persaingan di pasaran.

    Kajian menyeluruh

    Sementara itu, seorang penjawat awam Mahathir Ahamad, 36, berpendapat rakyat sepatutnya diberi kefahaman dan pendedahan secukupnya akan mekanisme baru ini bagi mengelak sebarang manipulasi atau penipuan khususnya terhadap pengguna.

    Seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta Mohd Fadly Daud, 39, pula berpendapat pengumuman harga minyak secara mingguan dilihat sebagai kurang wajar kerana pengguna perlu berhadapan perubahan harga setiap minggu.

    “Lebih wajar jika ianya dilakukan dalam tempoh setiap enam bulan. Sebagai pengguna kita bimbang jika berlaku manipulasi oleh pengusaha atau syarikat minyak semata-mata untuk mengaut untung lebih jika harga minyak diumumkan naik,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda