Tuesday, December 3, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat M’sia jadi tentera upahan di Ukraine masih hidup

    KUALA LUMPUR, 4 NOV – Rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan Ukraine dalam konflik membabitkan negara itu dengan Rusia disahkan sebagai Lee Bing Hang dan dipercayai masih hidup serta berada dalam keadaan selamat.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal pihaknya mendapati Lee, 20, mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.

    Beliau berkata pihaknya difahamkan ketika serangan dron berkenaan, Lee berjaya melarikan diri bagaimanapun MyKad dan lesen memandunya tercicir manakala pasportnya masih bersama beliau.

    Menjelaskan lebih lanjut Razarudin berkata siasatan mendapati tawaran gaji yang menarik hingga AS$2,700 sebulan (RM11,807) selain meminati bidang ketenteraan mendorong Lee menyertai perang Ukraine-Rusia sebagai tentera upahan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda