NARATHIWAT, 19 OGOS – Seorang rakyat Malaysia ditemukan mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di Tak Bai, Narathiwat, selatan Thailand, malam tadi. Ketua Polis Tak Bai Kol Pol Suthawet Thareethai berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Ridzuan Ab Llah, 31, dari Pasir Mas, Kelantan ditemukan mati di Kampung Tasik di Tak Bai pada jam 8:40 malam (waktu tempatan).