Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat M’sia perlu bersatu perangi peningkatan COVID-19

    KUALA LUMPUR, 8 OKT – Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk memerangi penularan wabak COVID-19 yang meningkat ketika ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata orang ramai memainkan peranan penting dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SAOP), tanpa mengira kedudukan dan status mereka.

    “Kami tidak boleh membendung atau mengurangkan penularan tanpa sokongan orang ramai. Apa yang kami harapkan adalah orang ramai duduk di rumah dan jika tidak, sila patuhi SOP ditetapkan.

    “Pakai penutup mulut dan hidung, jaga penjarakan fizikal dan selalu basuh tangan. Kegagalan mengamalkan SOP membantu peningkatan risiko jangkitan,” katanya ketika siaran langsung di laman Facebooknya, semalam.

    Sejak 1 Okt hingga semalam, Malaysia merekodkan peningkatan kes baharu COVID-19 mencecah tiga angka yang agak membimbangkan dan bilangan tertinggi pada Selasa dengan 691 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda