Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat, penduduk dikecualikan larangan masuk

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Larangan kemasukan ke negara ini bagi pelawat-pelawat yang tiba dari wilayah Hubei di Republik Rakyat China dan Republik Islam Iran yang telah diperluaskan kepada seluruh Eropah termasuk United Kingdom adalah bagi mereka yang tiba dari negara-negara berkenaan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh ketibaan ke negara ini dan dikecualikan bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

    Kenyataan tersebut dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong pada sidang media di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Pehin menjelaskan, kategori ‘penduduk’ yang dimaksudkan dan yang diberikan pengecualian masuk ke Negara Brunei Darussalam selain daripada rakyat Brunei termasuk penduduk tetap Brunei, warganegara asing yang memegang kad pengenalan hijau, warganegara asing yang memegang pas imigresen iaitu pas kerja, pas penuntut dan pas tanggungan yang masih sah.

    Selain itu, ahli diplomatik yang bekerja di negara ini serta tanggungan me-reka dan anggota Tentera British yang berpangkalan di Brunei serta tanggungan mereka juga dikecualikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda