Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Perancis nanti ucapan Macron

    PARIS, 31 MAC – Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan memberikan ucapan melalui siaran televisyen hari ini untuk menerangkan langkah baharu yang bertujuan untuk menghentikan lonjakan kes COVID-19 dan bertindak balas kepada kritikan yang menyatakan dia membiarkan pandemik untuk menjadi tidak terkawal.

    Pada lewat Januari, presiden berusia 43 tahun menolak langkah Eropah dan menentang saranan penasihat saintifik dengan memutuskan bahawa Perancis tidak akan memasuki perintah berkurung buat kali ketiga.

    Selama sebulan, tindak tersebut seakan membuahkan hasil dengan kes baharu pada tahap mendatar kira-kira 20,000 sehari pada Februari, dengan Perancis bersiap sedia untuk melonggarkan sekatan – dengan perintah berkurung waktu malam, tetapi kedai dan sekolah dibuka.

    Tetapi kes harian meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 40,000 dan hospital di kawasan titik panas seperti Paris dibanjiri pesakit, keadaan mula berubah dan kakitangan kesihatan menyeru agar sekatan kembali diketatkan.

    Macron dijadualkan akan menyampaikan ucapan pada pukul 8 malam (1800 GMT) mencetuskan jangkaan pengetatan langkah seperti penutupan sekolah atau perintah berkurung yang lebih kuat selama beberapa minggu sebelum cuti sekolah musim bunga.

    Persekutuan Hospital Perancis (FHF) menyeru Macron untuk mengarahkan ‘perintah berkurung yang lebih ketat dengan segera’ atau berisiko mempunyai hospital yang terbeban. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda