Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Saudi yang diculik berjaya dibebaskan

    BEIRUT, 30 MEI – Seorang rakyat Saudi yang diculik di Beirut telah dibebaskan dalam ‘operasi khas’ oleh tentera Lubnan berhampiran sempadan Syria, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    “Seorang peronda perisikan tentera berjaya membebaskan rakyat Saudi yang diculik, Mashari al-Mutairi, dalam operasi khas di sempadan Syria,” kata tentera.

    “Beberapa individu yang terlibat dalam penculikan turut ditangkap,” tambahnya.

    Sumber kanan keselamatan Lubnan telah memberitahu AFP semalam bahawa berdasarkan maklumat awal, rakyat Saudi tersebut diculik oleh penceroboh yang tidak dikenal pasti dan memakai pakaian seragam keselamatan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan tepi laut Beirut, di mana mangsa sedang berada di sebuah restoran.

    Perdana Menteri Najib Mikati mengucapkan tahniah kepada tentera atas “usaha besar yang dikerahkan untuk membebaskannya dan menangkap mereka yang terlibat dalam penculikan itu.”

    Menurut saluran televisyen milik kerajaan Arab Saudi, Al-Ekhbariya, penculik tersebut telah menuntut wang tebusan.

    Penculikan warga Arab atau warga asing di Lubnan jarang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Penculikan terakhir berlaku pada bulan Julai 2022, ketika seorang warganegara Saudi diculik semasa tiba di lapangan terbang Beirut. – AFP

    Gambar fail bertarikh 30 Oktober 2021 menunjukkan tempat Kedutaan Arab Saudi di Beirut. Seorang warga Saudi yang telah diculik di Beirut telah dibebaskan dalam ‘operasi khas’ oleh tentera Lubnan berhampiran sempadan Syria. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda