Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Slovenia keluar mengundi

    LJUBLJANA, 3 Jun – Rakyat Solvenia hari ini keluar mengundi dalam pilihan raya awal yang menyaksikan pemimpin veteran berhaluan kanan, Janez Jansa dijangka akan berada di hadapan dalam beberapa hari terakhir musim berkempen.

    Undian terbaharu dikeluarkan oleh akhbar Dnevnik menyaksikan SDS memperolehi 25 peratus, berada di kedudukan selesa mengatasi pesaing Sosial Demokrat yang memperolehi 12 peratus.

    Bagaimanapun, lebih 40 peratus berdasarkan kajian itu menyatakan bahawa mereka belum memutuskan atau tidak mahu mendedahkan keutamaan mereka, keputusan mengejut mungkin akan berlaku.

    Miro Cerar meletakkan kertas undinya di tempat mengundi di Ljubljana, Slovenia kelmarin. Rakyat Slovenia mula mengundi yang menyaksikan pemimpin berhaluan kanan dijangka akan berada di depan. – AFP

    Jansa yang mempunyai personaliti kombat, lantang dengan retorik anti-pendatang dan sekutu dengan Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban dominan di peringkat terakhir kempen.

    Dalam perdebatan terakhir pada Khamis lalu menyaksikan Jansa secara efektif bertukar pandangan dengan ahli komedi bertukar politik, Marjan Sarec.

    Parti LMS yang menerapkan ‘anti-sistem’ kini memperolehi 11.9 peratus, agak lemah berbanding pada peringkat awal berkempen tetapi mungkin meletakkan beliau dalam kedudukan yang mantap. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda