Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Sri Lanka dedah aktiviti haram pelancong Israel

    NEW DELHI, 25 OKT – Rakyat Sri Lanka mendedahkan aktiviti haram yang dilakukan oleh pelancong Israel di negara kepulauan itu berikutan amaran keselamatan dari Amerika Syarikat (AS) mengenai kemungkinan serangan di kawasan percutian utama.

    Ramai warganet di media sosial menunjukkan warga Israel menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan Arugam Bay dan tempat-tempat lain dengan melanggar undang-undang dan peraturan pemilikan Sri Lanka.

    “Kegiatan haram oleh pemilik perniagaan Israel telah berlarutan terlalu lama. Walaupun banyak rayuan telah dikemukakan kepada pelbagai kerajaan untuk menghentikan perkara ini dan memastikan persaingan yang adil, permintaan tersebut tidak diendahkan,” kata Rehan Jayawickreme, ahli politik daripada parti Samagi Jana Balawegaya, dalam satu kenyataan.

    “Sekarang, kami menghadapi ancaman keselamatan serius yang boleh menjejaskan usaha pemulihan pelancongan Sri Lanka,” katanya.

    Kedutaan AS di Colombo Rabu lalu menyatakan ia telah ‘menerima maklumat yang boleh dipercayai yang memberi amaran mengenai serangan yang menyasarkan lokasi pelancongan popular di kawasan Arugam Bay.’ Kedutaan itu meminta warganegara AS supaya mengelakkan kawasan Arugam Bay, yang popular dalam kalangan warga Israel. – Bernama

    Seorang komando polis berkawal di hadapan sebuah restoran di Teluk Arugam, Sri Lanka pada 23 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda