Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rakyat Tajikistan digesa simpan stok makanan untuk 2 tahun

    DUSHANBE, 29 JAN – Pemimpin Tajikistan, negara yang mudah terdedah kepada perubahan iklim, telah menggesa rakyatnya – yang terjejas akibat kekurangan pemakanan – untuk menyimpan bekalan makanan akibat kesan perubahan cuaca.

    Tajikistan ialah sebuah negara pergunungan bekas Soviet yang miskin di Asia Tengah yang merupakan antara negara yang paling teruk terjejas akibat perubahan iklim di dunia.

    “Saya menegaskan setiap keluarga di negara ini harus mempunyai simpanan produk makanan yang diperlukan sehingga dua tahun,” kata Presiden Emomali Rakhmon dalam ucapan semasa cuti tradisional Tajik lewat kelmarin.

    “Berhubung dengan perubahan dan pemanasan iklim, keadaan sosial-ekonomi dalam dunia moden menjadi semakin buruk setiap hari,” katanya.

    “Dalam keadaan dunia moden yang sukar dan tidak menentu ini, kita harus bekerja dengan lebih efektif dan menggunakan bumi dan air dengan baik,” tambahnya.

    Menurut Program Makanan Sedunia, 30 peratus daripada sembilan juta penduduk Tajikistan mengalami masalah kekurangan pemakanan.

    Organisasi itu mengaitkannya dengan ‘hakisan tanah, kehilangan biodiversiti, glasier cair dan kejadian cuaca ekstrem seperti banjir, kemarau, runtuhan salji dan tanah runtuh’ ​​yang dikatakan ‘selalu memusnahkan tanah, tanaman, infrastruktur dan mata pencarian’.

    Kira-kira separuh daripada makanan Tajikistan diimport kerana keadaan iklim yang teruk, kata kumpulan itu, dengan kenaikan harga memberikan kesan kepada golongan paling miskin di Tajikistan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...