KIEV, 25 OKT – Rakyat Ukraine mengundi hari ini dalam pilihan raya tempatan yang dilihat sebagai satu ujian untuk Presiden Volodymyr Zelensky, dengan kepopularannya telah terjejas dalam tempoh satu setengah tahun sejak beliau menjadi presiden. Zelensky, bekas pelawak tanpa pengalaman politik, menang dalam pilihan raya presiden 2019 berdasarkan janji akan membanteras rasuah dan menamatkan perang