Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ralat

    TERDAPAT kesilapan kenyataan yang dikeluarkan dalam berita bertajuk ‘Hubungan Silaturahim terus dipereratkan’ di Muka 5 Media Permata edisi Rabu, 30 Januari 2019. Kesilapan adalah tidak disengajakan.

    Berikut merupakan teks penuh bagi berita tersebut.

    Majlis perjumpaan silaturahim bagi mantan ahli Isteri Pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Brunei, isteri Pegawai-pegawai Polis dan Pegawai-pegawai Polis Wanita yang juga merangkap mantan ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI telah diadakan di Restoran Soto PABO, Kampung Pintu Malim, baru-baru ini.

    Seramai 31 orang hadir pada majlis tersebut yang dimeriahkan lagi dengan kehadiran mantan Yang Di-Pertua PEKERTI ke-4, Datin Hajah Rahmah binti Dato Haji Mohd Daud iaitu isteri kepada Pesuruhjaya Polis ke-4, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yakub dan Mantan Yang Di-Pertua PEKERTI ke-5, Pengiran Datin Hajah Saripah binti Pengiran Haji Zaini, isteri kepada Pesuruhjaya Polis ke-5, Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Johan.

    Majlis bertujuan untuk merapatkan kembali silaturahim yang sekian lama terpisah dan seterusnya memohon kemaafan sesama mereka pada usia yang sudah senja.

    Dengan adanya kecanggihan teknologi komunikasi pada masa ini telah memudahkan penganjur majlis untuk menghubungi teman-teman yang sekian lama terpisah sehingga berhasil menyatukan mereka dalam satu majlis yang julung kalinya diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda