Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ralf Rangnick puas hati persembahan pemain

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 3 MEI – Manchester United menenangkan penyokong mereka daripada protes terhadap keluarga Glazer selepas berjaya menang 3-0 menentang Brentford, kelmarin.

    Menjelang perubahan pada musim panas untuk United, skuad kendalian Ralf Rangnick itu hanya menang kedua kali dalam tujuh perlawanan untuk mengekalkan suasana daripada bertukar huru-hara di Old Trafford.

    Bruno Fernandes menjaringkan gol pada awal separuh masa pertama dan Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti separuh masa kedua sebelum pertahanan Perancis, Raphael Varane mencatat gol pertamanya untuk United.

    Walaupun memenangi perlawanan terakhir di tempat sendiri musim ini, United kekal di tempat ke-6 di Liga Perdana dengan baki dua perlawanan.

    Mereka ketinggalan lima mata mengejar kedudukan empat teratas tanpa harapan realistik untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Mengulas mengenai perlawanan itu, Rangnick berkata, “Dari segi penguasaan bola ia adalah salah satu persembahan terbaik kami tahun ini. Ia adalah persembahan yang kami mahu tunjukkan kepada penyokong kami.”– AFP

    Aksi Cristiano Ronaldo semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Brentford semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda