Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    RAM 6GB, bateri 6020mAh

    SYARIKAT China, Gionee telah melancarkan telefon pintar terbarunya, M6S Plus yang mengetengahkan spesifikasi menarik termasuk bateri sebesar 6020mAh dan RAM 6GB.

    Peranti ini akan terdapat dalam dua varian storan iaitu storan dalaman 64GB dan 256GB.

    Telefon pintar dual-SIM ini menggunakan Amigo3.5 OS yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow dan menonjolkan paparan Oncell AMOLED HD-Penuh (1080×1920 piksel) 6 inci. Ia dikuasakan dengan SoC Snapdragon 1.95GHz yang dipadankan dengan RAM 6GB.

    Gionee M6S Plus juga didatangkan dengan pengimbas cap jari yang terletak di bawah model kamera pada panel belakang.

    Daripada segi optiknya, Gionee M6S Plus dilengkapi kamera belakang 12MP dengan denyaran LED manakala itu di depan terdapat kamera 8MP untuk mengambil selfie. Peranti ini mempunyai ukuran 163.3×80.9×8.25mm dan berat 215 gram.

    Gionee M6S Plus didatangkan dengan bateri 6020mAh dan RAM 6GB yang besar.
    Gionee M6S Plus didatangkan dengan bateri 6020mAh dan RAM 6GB yang besar.

    Seperti yang telah disebutkan, peranti ini disokong dengan bateri sebesar 6020mAh. Pilihan sambungannya pula termasuk 4G LTE, Wi-Fi, Bluetooth 4.0, Mikro-USB 2.0, USB OTG, jek fon kepala 3.5mm dan GPS.

    Daripada segi sensornya, peranti ini menampilkan sensor cahaya, sensor graviti, kompas elektronik, kompas, giro dan sensor kedekatan.

    Gionee memberitahu bahawa M6S Plus menyediakan pengguna dengan ciri-ciri keselamatan yang berkaitan dengan pilihan pembayaran dan ciri-ciri pengimbasan jari secara langsungnya mengambil cap jari serta kadar denyut jantung untuk mengesahkan identiti pengguna.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda