Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Rama-rama Idea Lynceus kembali dibiakkan

    MELAKA, 6 OKT – Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka kembali membiakkan rama-rama jenis Idea Lynceus, selepas hampir setahun kajiannya dihentikan berikutan kekurangan dana akibat ketiadaan pengunjung berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Pengurus taman berkenaan, Qurratu A’in Rohaminordin berkata pusat konservasi itu kembali membiakkan rama-rama daripada keluarga Danaidae itu pada Februari lepas selepas kerajaan membuka semula sektor ekonomi.

    “Selepas kajian selama 16 tahun itu dihentikan pada Mac tahun lepas, kami membiarkan spesies berkenaan bertahan sendiri di dalam pusat kajian. Ketika itu terdapat kira-kira 10 ekor sahaja rama-rama jenis berkenaan.

    “Apabila pusat konservasi ini kembali dibuka kepada umum, kami mengumpul modal untuk memulakan kajian

    dan perkara pertama yang dilakukan adalah menanam kembali sejenis pokok renek dari jenis Agnosma sp, yang juga sukar untuk dibiakkan walaupun berada dalam persekitaran terkawal, sebagai perumah kepada rama-rama itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas kursus fotografi anjuran Unit Foto Bernama di pusat konservasi berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...