Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramah mesra Aidilfitri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Bulan Syawal semakin menghampiri penghujungnya, oleh itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk terus meraikannya. Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kelas Mengaji M3 AQSA telah mengadakan Majlis Sambutan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bertempat di Surau Al-Huda, TLDB, hari ini.

    Sambutan tersebut dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar Surau Al-Huda dan dipengerusikan oleh Imam dan Ketua Guru Penghubung Kelas Mengaji M3 AQSA, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad.

    Pengisian program

    Antara isi-isi program yang diadakan ialah bacaan Syaiddul Istighfar, bacaan Doa Selamat dan penyampaian hadiah kepada murid-murid bagi pertandingan berpakaian cantik Hari Raya.

    Hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Pegawai Ugama Pejabat Bahagian Agama Jama’at ABDB, Kementerian Pertahanan, Pengiran Mohd Azrin bin Pengiran Mohd Jarail.

    Turut hadir ialah para Pegawai Agama, guru-guru agama dan kakitangan Pejabat Bahagian Agama Jama’at ABDB.

    Majlis tersebut turut diserikan dengan hidangan pelbagai jenis makanan, minuman dan kuih-muih raya yang dibawa sendiri oleh murid-murid.

    Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid.
    Murid-murid ketika menikmati jamuan yang disediakan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda