Friday, April 25, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramah mesra Aidilfitri erat ukhuwah silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diadakan oleh pelbagai pihak sebagai tanda kemenangan setelah menjalankan ibadah puasa.

    Sehubungan itu, Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Ahli-ahli Destinasi Borneo Kali Pertama 2025 telah diadakan di salah sebuah hotel di Kiulap baru-baru ini.

    Sambutan tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah silaturahim antara pengurus dan juga peserta lain. Penyelaras program, Dayang Nurul Aziemah binti Hamidon @Precilla Peter Bidom Nandu dalam ucapan antara lain menggariskan beberapa perkembangan dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kumpulan Destinasi iaitu mereka telah mengadakan lawatan ke Pontianak, Kuching, Bintulu Mukah, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau Semporna.

    “Selain mengadakan majlis tahlil, Doa Arwah dan derma anak yatim, aktiviti juga akan dilaratkan kepada sedekah infak amal jariah akhirat berupa barang-barang makan asasi untuk keluarga yang kurang mampu,” jelasnya.

    Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Ahli-ahli Destinasi Borneo Kali Pertama 2025 itu dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tetamu dijamu dengan hidangan istimewa Hari Raya.

    ATAS & BAWAH : Antara yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Ahli-ahli Destinasi Borneo Kali Pertama 2025 baru-baru ini. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda