Wednesday, November 20, 2024
32.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramai cuba ganggu hubungan Rizky Febian dan Mahalini

    Seorang ahli feng shui berasal dari Indonesia meramalkan perkahwinan antara Rizky Febian dan Mahalini bakal berdepan dugaan orang ketiga yang mahu menganggu rumah tangga mereka, lapor mStar.

    Menerusi satu perkongsian di Instagram @kokofengshui, individu berkenaan juga turut memberitahu pasangan ini akan terus kekal bahagia sehingga tua.

    “Akan ramai orang ketiga yang cuba merosakkan hubungan mereka (Rizky dan Mahalini), tetapi semuanya gagal.

    “Mereka akan bahagia sampai tua,” ujarnya.

    Individu berkenaan berkongsi perkara tersebut di laman Instagram dan turut menyatakan dia sudah membuat ramalan sejak Januari 2023 bahawa pasangan ini akan bernikah.

    Mahalini mendapat restu kedua ibu bapa untuk memeluk Islam sebelum bernikah. – mStar

    Ramalan tersebut dibuat berdasarkan gabungan tarikh lahir Rizky dan Mahalini.

    Dalam masa sama individu berkenaan juga memberitahu kerjaya seni kedua-dua mereka akan terus berkembang selepas mendirikan rumah tangga.

    “Saya melihat Rizky dan Mahalini akan tetap bersama meskipun mereka berbeza agama.

    Selepas bernikah kerjaya akan semakin cemerlang dan harta semakin banyak,” jelasnya.

    Feng shui merupakan satu amalan yang biasa dilakukan oleh kaum Cina untuk meramal nasib baik atau buruk seseorang dan lazimnya ia berdasarkan elemen astrologi.

    Bagaimanapun umat Islam dilarang mempercayai sebarang ramalan tukang tilik kerana ia bertentangan dengan akidah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda