Tanpa berselindung pelakon Amerika, Dwayne Johnson mendedahkan dia memakai sut badan untuk kelihatan lebih sasa ketika penggambaran filem Moana 2.
Memetik laporan mStar, Dwayne atau The Rock, 51, meluahkan rasa kagum dengan sut yang dihasilkan itu kerana kelihatan realistik dan nyata.
“Sut itu mengambil masa yang lama untuk dipakai, tapi saya gembira ramai puji tubuh saya makin sasa. Maksudnya tiada seorang pun yang perasan,” katanya.
Dalam pada itu, Dwayne mengakui terkejut apabila fotonya ketika menjalani penggambaran filem tersebut tular.
Jelasnya, kru produksi telah melakukan pelbagai cara agar penampilannya dirahsiakan daripada umum namun tetap gagal.
“Kami jalani penggambaran di luar kawasan dan bila gambar saya memakai sut itu tular, saya terkejut.
“Alamak, dah terkantoi walaupun kami usaha letakkan dinding tinggi dekat ruang persalinan saya.
“Paparazi berjaya juga tangkap gambar saya sampai ada yang sanggup naik bot. Apa pun saya gembira orang lain suka penampilan saya,” ujarnya.
Dwayne memagang watak sebagai Maui dalam filem Moana 2 yang bakal ditayangkan pada 2026 nanti. – Agensi