Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kini menjadi perhatian warga maya selepas memuat naik hantaran video bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjayakan kempen baju raya sempena Aidilfitri tahun depan.
Menerusi hantaran video di Instagram jelas menunjukkan hubungan persahabatan antara Bella, 30, dan Syed Saddiq atau nama sebenarnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Al-Sagoff, 32, sangat rapat.
Rata-rata warga maya yang meninggalkan komen turut merestui Bella dan Syed Saddiq sekiranya mereka mahu membawa hubungan baik berkenaan ke fasa lebih jauh termasuk perkahwinan, lapor BH Online.
“Jom kita sama-sama doakan semoga urusan Syed Saddiq dipermudahkan,” komen warga maya. “Sangat padan. Ini 100 peratus approved! (diluluskan),” kata seorang pengguna media sosial.
“Kahwin sajalah dua-dua orang ni. Jangan tunggu lama-lama,” tulis seorang lagi warga maya.
“Ok, apa tunggu lagi. Bawa terus ke pejabat agama,” komen wargamaya.
Pada ruangan komen itu, Syed Saddiq didapati ada menulis komen berkaitan wajahnya yang diumpamakan kicap manis.
“Kenapa muka kicap manis saya jadi smooth ala artis K-Pop,” tulis Syed Saddiq berserta emoji ketawa.
Bagaimanapun, Bella turut membalas komen itu dengan mengatakan mukanya bertambah kecil di TikTok.
“@syedsaddiq hahahaha dan TikTok buat muka saya bertambah kecil,” katanya dengan emoji ketawa.
Apapun, kisah keakraban Bella dan Syed Saddiq bukanlah perkara baharu. Sebelum ini, mereka pernah diperkatakan ketika Bella menghadiri rumah terbuka Aidilfitri anjuran Syed Saddiq di kediamannya.
Pada 13 Jun lalu , Bella bercerai talak satu untuk kali kedua dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Agensi