Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramai tidak puas tonton luahan Abby

    Sejak kisah anak perempuan sulungnya berkahwin di Thailand, pelakon dan penyanyi Abby Abadi menjadi buruan ramai yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung isu berkenaan.

    Baik Abby atau bekas suaminya, Norman Hakim tetap memilih mengunci mulut mengenai pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung pernikahan anak perempuan mereka iaitu Marissa Dania dengan Ahmad Aslam.

    Bagaimanapun, Abby, 47, dalam temu bual singkat bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedikit sebanyak mula memperlihatkan pelakon Gerak Khas itu lebih terbuka bercakap mengenai Marissa dan Aslam.

    Tidak terhenti di situ, Abby turut membuat kemunculan menerusi siaran podcast yang dikendalikan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam bagi berbicara mengenai pelbagai isu berkaitan anak perempuannya.

    Memetik kenyataan mStar, ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan cara Rebecca mengendalikan podcast yang bersiaran selama sejam itu yang dilihat tidak profesional.

    Abby tampil dalam siaran podcast bersama Rebeeca pada 8 Mac lalu. – mStar

    Rebecca dianggap tidak menggunakan peluang dapat menemu bual Abby secara eksklusif dengan baik sehingga banyak persoalan tidak terjawab.

    Tidak hanya itu, Rebecca, 38, juga banyak didakwa suka mencelah ketika Abby sedang rancak dan kelihatan sedia mendedahkan cerita sebenar dengan soalan tidak berkaitan.

    “Tak puas hati dengan hos yang banyak menyampuk dan menyusahkan artis jemputan untuk bercerita dan komen… Saya tengok ini pun sebab Abby saja.

    “Datin berilah peluang kepada Abby meluahkan perasaan dia sebagai ibu! Tengah syok dengar, mesti dia menyampuk.

    “Kenapa setiap soalan yang ditanya, mesti diselitkan tentang kisah hidup dia.

    “Podcast ini tentang Abby,” komen warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda