Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramalan permintaan minyak global tidak berubah

    VIENNA, 13 MAC – Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengumumkan bahawa ramalan sebelumnya untuk pertumbuhan permintaan minyak global pada 2025 dan 2026 kekal tidak berubah, lapor Xinhua.

    Dalam laporan pasaran minyak bulanannya yang dikeluarkan kelmarin, OPEC menjangkakan peningkatan dalam permintaan minyak global.

    Ia menganggarkan peningkatan sebanyak 1.45 juta tong sehari (bpd) pada 2025 dan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 1.43 juta bpd pada 2026, kedua-duanya tidak berubah daripada penilaian bulan lepas.

    “Jumlah permintaan minyak dunia dijangka purata 105.2 juta bpd pada 2025, disokong oleh permintaan perjalanan udara yang kukuh dan mobiliti jalan raya yang sihat, serta aktiviti perindustrian, pembinaan dan pertanian yang sihat di negara-negara bukan OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi),” kata OPEC.

    Pertubuhan itu juga membiarkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya untuk 2025 dan 2026 tidak berubah, meramalkan pengembangan 3.1 peratus tahun ini dan 3.2 peratus pada tahun berikutnya. – Bernama

    Gambar bertarikh 27 September 2016 menunjukkan sesi pembukaan Forum Tenaga Antarabangsa ke-15 di Algiers. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda