Ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie tampil dengan gaya rambut baharu semasa pertunjukan jenama Chanel bagi Minggu Fesyen Paris pada Selasa lalu.
Terkenal dengan gaya mempesonakan, Jennie atau Jennie Kim, 28, dilihat mewarnakan rambutnya dengan warna perang atau blonde.
Bagaimanapun, tidak semua peminat dapat menerima penampilan terbaharu Jennie itu. Ini kerana ramai warganet Korea Selatan menyatakan imej yang dipamerkan penyanyi itu tidak sesuai dengan dirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat rambut digayakan Jennie tidak sesuai ditambah pula dengan gaya solekannya yang buruk menyebabkan idola itu kelihatan tidak menarik.
“Gaya rambut itu kelihatan sangat buruk padanya, tambah pula solekan tersebut seperti tidak kena; Rambutnya kelihatan seperti rambut palsu; Saya rasa dia perlu menukar rambut dan solekkannya; Saya rasa rambutnya akan kelihatan baik jika berwarna hitam,” antara komen warganet. – Agensi