Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramen Gochujang, sajian pedas dan beraroma Korea

    Oleh Hajib Sarhan – 

    Gochujang ialah pes cili tradisional Korea yang diperbuat daripada cili merah, beras pulut yang ditapai, kacang soya dan sedikit gula. Rasanya unik, gabungan pedas, manis dan sedikit masin, menjadikannya bahan penting dalam pelbagai hidangan Korea seperti bibimbap dan tteokbokki.

    Ramen pula ialah mi segera ala Jepun yang kini popular di seluruh dunia. Ia biasanya dihidangkan dengan kuah atau digoreng bersama pelbagai bahan seperti sayur, telur dan daging. Apabila digabungkan dengan gochujang, ramen menghasilkan hidangan yang pedas, berperisa dan beraroma Asia yang memikat selera.

    CARA PENYEDIAAN:

    Rebus mi mengikut arahan pada bungkusan. Toskan dan simpan sedikit air rebusan mi untuk digunakan kemudian. Dalam mangkuk tahan panas, masukkan bawang putih, gochugaru, bijan dan daun bawang. Panaskan minyak bijan hingga panas, kemudian tuangkan ke dalam campuran cili-bawang putih tadi. Biarkan berbuih dan naik aroma selama beberapa minit. Kacau dan masuk gochujang, mentega kacang, cuka beras, kicap, jus limau dan gula perang. Gaul hingga sebati dan berkrim. Rasa dan sesuaikan jika mahu lebih masam, tambahkan sedikit lagi jus limau. Jika mahu lebih pedas, tambah sedikit sos cili kegemaran awda.

    Masukkan mi yang telah direbus bersama sedikit air rebusan mi, kemudian gaul rata hingga bercampur sempurna dengan sos. Hidangkan panas, dihiasi dengan hirisan daun bawang dan bijan tambahan.

    Tip:

    • Gunakan gochujang asli Korea untuk rasa pedas manis yang seimbang.
    • Jika suka versi lebih cheesy, tambahkan sedikit keju parut semasa menghidang.
    • Hidangan ini juga sedap dipadankan dengan telur rebus separuh masak atau hirisan ayam panggang.

    Bahan-bahan:

    • 1 paket mi segera (ramen)
    • 2-3 sudu teh bawang putih cincang halus
    • 1 sudu teh gochugaru (boleh ganti dengan serbuk cili kering)
    • ½ – 1 sudu besar bijan sangai
    • 1 – 2 sudu besar daun bawang hiris
    • 1½ sudu besar minyak bijan
    • 1 sudu besar gochujang (pes cili merah Korea)
    • 1½ sudu besar mentega kacang halus
    • 1 sudu besar cuka beras
    • 2 sudu besar kicap cair
    • 1 sudu besar jus limau nipis
    • 2 sudu teh gula perang

    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda