Pelakon terkenal Bollywood Salman Khan menjadi bualan warganet apabila sebuah video tular memperlihatkan dia merampas telefon bimbit seorang peminat tersebar di media sosial.
Insiden ini berlaku di Lapangan Terbang Goa yang menunjukkan aktor itu bersama pembantu serta pengiringnya keluar dari balai ketibaan dan didatangi oleh seorang peminat yang menghalakan telefon untuk berswafoto dengannya.
Pelakon itu tiba-tiba naik angin lalu bertindak menepis dan merampas telefon berkenaan sambil berlalu pergi.
Perilaku kasar yang dipamerkan pelakon filem Sultan ini mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang rata-rata menganggap aktor itu sebagai sombong.
Pemilik telefon itu dipercayai seorang pekerja di syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang tersebut. Individu tersebut tidak membuat sebarang laporan rasmi tentang hal berkenaan. – Agensi
