Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rampasan dadah bernilai RM1.4 juta: Pelajar antara lima ditahan

    KUCHING, 16 OKT – Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita, termasuk seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun susulan penemuan dadah syabu seberat 42.2 kilogram (kg) bernilai RM1.4 juta di sebuah hotel di bandar raya ini Khamis lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kelima-lima suspek berumur 17 hingga 22 tahun yang berasal dari Kuching itu ditahan dalam serbuan di sekitar sini dan Bintawa pada hari berkenaan.

    Beliau berkata dadah yang diseludup masuk ke sini sebagai bungkusan teh cina itu dipercayai diperoleh daripada rakan mereka di Semenanjung Malaysia, dan polis turut merampas sebuah kereta Perodua Aruz dianggarkan bernilai RM50,000 daripada kumpulan itu.

    “Dadah ini dibawa masuk dari Kuala Lumpur oleh dua suspek yang bertindak sebagai kurier menerusi penerbangan. Dadah ini adalah untuk pasaran di Kuching, Miri dan Bintulu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini. – Bernama

    Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (dua,kiri) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda