ISTANBUL, 11 Julai – Kesan rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai di Turki menambah pemulauan antarabangsa ke atas Ankara, mendedahkan kelemahan dalam dasar luar negeri kerajaan, kata penganalisis.
Bakal anggota NATO dan ahli EU, Turki telah menjangkakan curahan perpaduanselepas percubaan merampas kuasa setahun lalu yang bertujuan menyingkir Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang dipersalahkan oleh Ankara ke atas pendakwah yang berpangkalan di AS Fethullah Gulen.
Namun hubungan dengan Brussels terjejas dan bidaan Turki untuk menjadi ahli EU terganggu tatkala Kesatuan Eropah memberikan reaksi bimbang terhadap penyingkiran yang telah melihat berpuluh ribu orang ditahan.
Presiden AS Donald Trump setakat ini juga tidak memberikan harapan bahawa Turki telah melihat berakhirnya perasaan dendam yang menandakan hubungan di antara Washington dan Ankara di bawah Barack Obama.
Sementara itu, krisis diplomatik di Teluk mungkin menjejas usaha Turki untuk mengekal gabungan strategik yang erat dengan Qatar tanpa menyinggung perasaan Arab Saudi.
“Turki telah dipulau dari segi hubungan diplomatik sejak rampasan kuasa yang gagal pada Julai 2016, disebabkan rakan NATO terkejut dan disebabkan penyingkiran seterusnya yang berlaku di luar daripada yang dijangkakan,” kata Marc Pierini, seorang sarjana di Carnegie Eropah.
“Krisis di antara Arab Saudi dan sekutunya dan Qatar hanya menambah kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh Turki dalam isu diplomatik,” beritahunya kepada AFP.
Kedudukan Ankara yang berbahaya itu jauh berbeza daripada apa yang dinikmatinya satu dekad lalu, apabila Erdogan dilihat sebagai perantara penting dalam hampir setiap krisis dan dicari oleh Kesatuan Eropah dan AS. – AFP