Ramsey pemain pertama berlatih secara individu

MILAN, 5 MEI – Pemain antarabangsa, Wales Aaron Ramsey merupakan pemain Juventus pertama yang kembali berlatih secara individu di pusat latihan di Turin hari ini.

Pemain tengah Ramsey bergabung dengan Juventus musim ini selepas 11 tahun bersama Arsenal, dan menjaringkan gol keempat dalam perlawanan terakhir mereka menentang Inter Milan sebelum kejohanan itu digantung pada 10 Mac.

Juventus mendahului Serie A, satu mata di depan Lazio, ketika mereka menyasarkan Scudetto kesembilan berturut-turut.

Kapten Giorgio Chiellini menyusul tidak lama selepas Ramsey, bersama rakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci dengan menggunakan penutup hidung dan mulut berwarna hitam, tiba pada sebelah petang.

Kementerian Dalam Negeri Itali telah memberi peluang kepada pemain untuk kembali ke kemudahan latihan kelab dua minggu lebih awal daripada yang dijadualkan, memberikan harapan kepada pemain bahawa musim 2019-20 mungkin dapat diselamatkan.

Tetapi menteri sukan Vincenzo Spadafora memberi amaran bahawa latihan secara berkumpulan perlu menunggu kebenaran sehingga 18 Mei, dan masih tidak dapat dipastikan adakah perlawanan dapat dimulakan lagi ketika negara ini menghadapi wabak yang telah mengorbankan lebih daripada 29,000 jiwa. – AFP

Ramsey ketika tiba di pusat latihan di Turin, kelmarin. – AFP