Thursday, April 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rancang awal untuk nikmati tawaran istimewa AirAsia bagi perjalanan serantau awda

    Lihat peta dunia dan fokus pada Kuala Lumpur! Dengan lokasinya di persimpangan Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadikannya lokasi transit yang ideal bagi pelancongan dan perdagangan.

    Begitu juga dengan penerbangan sambungan!

    Kedudukan strategik Kuala Lumpur di Asia Tenggara membolehkannya berfungsi sebagai hab udara yang penting untuk membawa penumpang ke seluruh Asia dan benua lain.

    Kuala Lumpur: pintu masuk strategik bagi perjalanan di Asia dan lain-lain

    Sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara, Kuala Lumpur meliputi jaringan penerbangan yang luas ke semua negara ASEAN dan selanjutnya, termasuk sokongan hab serantau seperti Bangkok.

    Sekiranya awda ingin mengadakan lawatan serantau berbilang negara, apa kata mulakannya dengan perjalanan dari Brunei ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Bangkok? Kedua-dua tempat ini menyediakan tarikan budaya dan sejarah yang berbeza.

    Jangka masa penerbangan pula adalah dalam lingkungan 3 jam sahaja bagi mana-mana destinasi.

    Lawat Kuala Lumpur dan Bangkok sekali gus

    Awda sememangnya boleh melawat Kuala Lumpur dan Bangkok dalam satu perjalanan yang sama! 

    Sebagai contoh, awda boleh merancang satu atau dua malam di Kuala Lumpur, diikuti dengan perjalanan ke Bangkok selama 4 hari 3 malam. Keistimewaan Kuala Lumpur adalah kepelbagaian budaya manakala Bangkok pula mempamerkan unsur tradisional dan moden, selain tarikan makanan, beli-belah, perkhidmatan urut dan hiburan.

    Jom “sabai-sabai” di Bangkok

    Sawadee! Bangkok selalunya merupakan pintu masuk utama ke Thailand bagi para pelancong. Untuk yang pertama kali ke sini, bersedialah untuk buka mata seluas-luasnya!

    Keistimewaan Bangkok adalah gabungan bandar berwajah lama dan baharu, dengan tuk-tuk yang mencelah-celah di jalan raya sehinggalah perkhidmatan landasan BTS Skytrain.

    Bandar mega yang sentiasa berevolusi ini sentiasa diserikan dengan pencakar langit, wat (kuil Buddha), gedung beli-belah, pasar dan bazar, restoran, dan banyak lagi.

    Selain itu, Bangkok juga dihiasi pemandangan jalanan yang menggambarkan kehidupan warga tempatan, serta terusan (khlong) Sungai Chao Phraya yang bersilang-silang mengalir ke Teluk Thailand, maka layak digelar sebagai ‘Venice di Timur’.

    Ini bermakna meneroka suasana Bangkok dengan belayar menaiki kapal moden wajib awda cuba!

    Hayati panorama Bangkok dengan melayari Sungai Chao Phraya

    Melayari Sungai Chao Phraya sambil menikmati pemandangan Bangkok merupakan pengalaman yang sangat istimewa apabila awda melihat bandar dan mercu tanda menawan melalui sungai, serta menikmati makan malam di waktu senja yang indah di atas kapal.

    Terdapat banyak pakej pelayaran makan malam selama dua jam yang romantis menanti awda. Rajin-rajinlah untuk menangkap gambar mercu tanda yang terkenal seperti Wat Arun, Grand Palace, Wat Phra Kaew, Asiatique, Asiatique Sky Ferris Wheel, Jambatan Rama VIII serta River City Bangkok di sepanjang pelayaran awda.

    Awda juga mungkin dihiburkan dengan persembahan muzik, tarian klasik Thai atau kabaret, bergantung pada pakej awda.

    Syurga membeli-belah yang padat dengan pilihan 

    Sememangnya Land of Smiles atau ‘Tanah Senyuman’ sudah pastinya mengalu-alukan kedatangan kaki shopping! Terdapat banyak gedung beli-belah sedang menanti kunjungan awda.

    Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Center, Terminal 21, Central Festival, Central Chidlom, Central Embassy, Central Plaza Rama 9, centralwOrld, The Emporium, EmQuartier, Icon Siam, Platinum Fashion Mall, MBK Center, Silom Complex, The Esplanade, Asiatique, dan River City – Oh, awda mungkin perlu datang lagi ke Bangkok berkali-kali!

    Sementara itu, jangan terlepas Pasar Hujung Minggu Chatuchak yang terbesar dan paling sibuk di dunia! Ribuan gerai memenuhi tapak seluas 35 ekar dengan pilihan serbaneka seperti makanan, pakaian, aksesori, kraftangan dan banyak lagi menanti awda.  

    Cubalah tawar-menawar dan awda mungkin bernasib baik mendapat harga yang memuaskan hati!

    Rancang perjalanan awda dengan mudah dan cepat bersama AirAsia

    Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 2 jam 5 minit.

    Bagi perjalanan melangkaui Kuala Lumpur seperti yang disyorkan, awda boleh cuba terbang dari Bandar Seri Begawan (BWN) ke Kuala Lumpur (KUL). Selepas selesai menerokai Kuala Lumpur, sambung lawatan awda ke Bangkok, iaitu ibu kota Thailand.

    Selain daripada laluan Kuala Lumpur-Bangkok, AirAsia juga menawarkan penerbangan sambungan antarabangsa melalui Kuala Lumpur ke Hangzhou, Labuan Bajo, Perth, Tokyo dan sebagainya.

    Semua ini boleh disempurnakan dengan kemudahan tempahan AirAsia yang komprehensif untuk menikmati tawaran penerbangan, penginapan dan pakej pelancongan yang memuaskan.

    Diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan

    Awda dapat menikmati tawaran promosi bagi tempahan yang dibuat mulai hari ini sehingga 16 Mac 2025. Tempoh perjalanan adalah dari sekarang hingga 30 Nov 2025. 

    Penerbangan bersama AirAsia meliputi benua Asia, termasuk seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya seperti China, Jepun dan Australia sememangnya seronok dan bernilai untuk awda.

    Klik paparan* berikut untuk meneroka keterampilan AirAsia MOVE:

    https://www.airasia.com/en/gb

    *Muat turun AirAsia MOVE untuk menikmati ganjaran khas ahli termasuk mata ganjaran eksklusif. Selamat berjalan-jalan dan makan angin! 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda