Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rancang awal untuk nikmati tawaran istimewa AirAsia bagi perjalanan serantau awda

    Buka peta dunia dan fokus pada Kuala Lumpur! Kedudukannya terletak di persimpangan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

    Kelebihan inilah yang menjadikannya lokasi transit yang ideal bagi pelancongan dan perdagangan.

    Begitu juga dengan penerbangan sambungan!

    Kedudukan strategik Kuala Lumpur di Asia Tenggara membolehkannya berfungsi sebagai hab udara yang penting untuk menyalurkan penumpang ke seluruh Asia dan benua lain.

    KUALA LUMPUR: PINTU MASUK STRATEGIK BAGI PERJALANAN DI ASIA DAN LAIN-LAIN

    Sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara, Kuala Lumpur menebarkan jaringan penerbangan yang luas ke semua negara ASEAN dan selanjutnya, termasuk sokongan hab serantau seperti Bangkok.

    Gambar Bernama

    Sekiranya awda ingin mengadakan lawatan serantau berbilang negara, apa kata mulakannya dengan perjalanan dari Brunei ke Kuala Lumpur dan disusuli Bangkok? Kedua-dua tempat ini menyajikan tarikan budaya dan sejarah yang berbeza. Jangka masa penerbangan adalah dalam lingkungan tiga jam sahaja bagi mana-mana destinasi.

    LAWAT KUALA LUMPUR DAN BANGKOK SEKALI GUS

    Sebagai contoh, awda boleh merancang satu atau dua malam di Kuala Lumpur, diikuti dengan perjalanan ke Bangkok selama 4 hari 3 malam. Keistimewaan Kuala Lumpur adalah kepelbagaian budaya manakala Bangkok mempamerkan unsur tradisional dan moden, di samping tarikan makanan, beli-belah, perkhidmatan urut dan hiburan.

    JOM ‘SABAI-SABAI’ DI BANGKOK

    Sawadee! Bangkok merupakan pintu masuk utama ke Thailand. Bagi mereka yang melawat untuk kali pertama, bersedialah untuk buka mata seluasnya!

    Keistimewaan Bangkok yang ketara termasuk wajah lama dan baru yang saling berdampingan, tuk-tuk mencelah di bawah landasan BTS Skytrain, merasai keaslian masakan Thai dan bersantai di kafe.

    Pada masa yang sama, bandar raya yang sibuk ini diserikan dengan pencakar langit, wat (kuil Buddha), gedung beli-belah, pasar dan bazar, restoran dan banyak lagi.

    Selain daripada wat dan mercu sejarah, Bangkok juga dihiasi pemandangan jalanan yang menggambarkan kehidupan warga tempatan, serta terusan (khlong) Sungai Chao Phraya yang bersilang-silang mengalir ke Teluk Thailand, maka digelar ‘Venice di Timur’.

    Ini bermakna meneroka pemandangan Bangkok dengan kapal moden wajib awda cuba!

    HAYATI PANORAMA BANGKOK DENGAN MELAYARI SUNGAI CHAO PHRAYA

    Melayari Sungai Chao Phraya sambil menikmati pemandangan Bangkok merupakan pengalaman sangat istimewa apabila awda menjejaki latar langit bandar dan mercu tanda menawan melalui sungai, serta menyerapi keindahan senja dan makan malam di atas kapal.

    Terdapat banyak pakej pelayaran makan malam selama dua jam yang romantis menanti penerokaan awda. Sepanjang pelayaran, rajin-rajinlah tangkap gambar mercu tanda terkenal seperti Wat Arun, Grand Palace, Wat Phra Kaew, Asiatique, Asiatique Sky Ferris Wheel, Jambatan Rama VIII serta River City Bangkok.

    Awda mungkin dihiburkan dengan persembahan muzik, tarian klasik Thai, bergantung pada pakej awda.

    SYURGA MEMBELI-BELAH YANG PADAT DENGAN PILIHAN HEBAT

    “Tanah Senyuman” sudah pastinya mengalu-alukan kedatangan kaki shopping! Banyak sangat gedung beli-belah menanti kunjungan awda.

    Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Center, Terminal 21, Central Festival, Central Chidlom, Central Embassy, Central Plaza Rama 9, centralwOrld, The Emporium, EmQuartier, Icon Siam, Platinum Fashion Mall, MBK Center, Silom Complex, The Esplanade, Asiatique, dan River City … awda mungkin perlu kembali ke Bangkok berkali-kali ya!

    Sementara itu, jangan terlepas Pasar Hujung Minggu Chatuchak yang terbesar dan paling sibuk di dunia! Ribuan gerai memenuhi tapak seluas 35 ekar dengan pilihan serbaneka seperti makanan, pakaian, aksesori, kraftangan dan banyak lagi menanti buruan awda.  

    Cubalah tawar-menawar dan awda mungkin mendapat harga yang terbaik!

    RANCANG PERJALANAN AWDA DENGAN MUDAH DAN CEPAT BERSAMA AIRASIA

    Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 2 jam 5 minit.

    Bagi perjalanan melangkaui Kuala Lumpur seperti yang disyorkan, sebagai permulaan, awda boleh terbang dari Bandar Seri Begawan (BWN) ke Kuala Lumpur (KUL). Selepas selesai dengan perjalanan di Kuala Lumpur, sambung dengan lawatan ke Bangkok, iaitu ibu kota Thailand.

    Selain daripada laluan Kuala Lumpur-Bangkok, AirAsia juga menawarkan penerbangan sambungan antarabangsa melalui Kuala Lumpur ke Hangzhou, Labuan Bajo, Perth, Tokyo dan sebagainya.

    Semua ini boleh disempurnakan dengan kemudahan tempahan AirAsia yang komprehensif untuk menikmati tawaran penerbangan, penginapan dan pakej pelancongan yang memuaskan.

    DISKAUN 20% SEMUA TEMPAT DUDUK DAN PENERBANGAN

    Awda boleh nikmati tawaran promosi bagi tempahan yang dibuat. Tempoh perjalanan adalah dari sekarang hingga 30 November. 

    Seronok, berbaloi dan memudahkan perjalanan ke pelbagai destinasi sudut bersama AirAsia meliputi benua Asia, termasuk seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya seperti China, Jepun dan Australia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda