ADELAIDE, Australia, 29 Sept – Pencipta Elon Musk mengumumkan pelan pada hari ini untuk menghantar kapal kargo ke Planet Marikh dalam lima tahun dan menggunakan roket untuk membawa orang di antara bandar utama di Bumi dalam masa kurang setengah jam.
Pengasas SpaceX berkata satu sistem pengangkutan antara planet, diberi nama kod BFR akan dikurangkan saiz supaya ia boleh menjalankan pelbagai tugas yang seterusnya membayar misi Marikh akan datang.
“Perkara paling penting adalah kami telah memikirkan bagaimana membayar BFR,” beritahu Musk pada hadirin di auditorium pada perhimpunan pakar angkasa lepas global di Adelaide.
“Iaitu mempunyai kenderaan lebih kecil, ia masih agak besar, namun sebuah kenderaan yang boleh melakukan segala yang diperlukan dalam aktiviti orbit Bumi.”
Musk berkata firmanya telah mula membina sistem tersebut, dengan pembinaan kapal pertama bermula dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.

“Saya rasa yakin kami boleh siap membina kapal dan melancarkannya dalam masa lima tahun,” tambah beliau.
Sekurang-kurangnya dua kapal kargo akan mendarat di Planet Merah pada 2022, dengan misi utama mencari sumber terbaik air, buat masa sekarang dibangkitkan sebagai satu cara untuk menjana roket, kata beliau.
Roket akan menempatkan tenaga, perlombongan dan infrastruktur bantuan kehidupan di Marikh untuk menyokong misi akan datang, dengan empat kapal membawa orang, peralatan dan bekalan ke planet pada 2024.
Perjalanan akan dibiayai oleh pelbagai aktiviti, termasuk pelancaran satelit, menyelia stesen angkasa lepas dan misi bulan, kata beliau.
Musk menambah roket juga harus memenuhi keperluan penduduk Bumi dengan mengurangkan perjalanan di antara bandar utama kepada kurang setengah jam.
Satu perjalanan dari Bangkok ke Dubai akan mengambil masa 27 minit, dan dari Tokyo ke Delhi dalam 30 minit, menurut pengiraannya.
“Sebaik sahaja anda berada di luar atmosfera, ia adalah selembut seperti sutera, tidak adanya keadaan gelora, tidak ada apa-apa,” kata beliau. – AFP