Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Rancang perjalanan dengan bijak

    Dengan musim cuti yang semakin rancak, sememangnya ramai yang mengambil peluang untuk bercuti ke luar negara atau merentas sempadan, terutama bagi mereka yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk memastikan perjalanan berjalan lancar dan tidak terganggu.

    Baru-baru ini, sekumpulan rakan saya kembali dari negara jiran dan sebagai langkah berjaga-jaga, mereka bertolak pulang pada jam 11 pagi kerana menjangkakan barisan panjang di pos kawalan.

    Ternyata benar, mereka hanya tiba di Bandar Seri Begawan hampir jam 8 malam.

    Bayangkan bagi mereka yang hanya daftar keluar dari hotel pada tengah hari atau jam 2 petang.

    Foto Canva

    Dengan sempadan ditutup pada jam 10 malam, peluang mereka sampai tepat pada masanya ke pos kawalan amat tipis.

    Saya sering mendengar cerita tentang rakyat Brunei yang gagal mengambil kira masa menunggu di pos kawalan, sehingga terpaksa melanjutkan lawatan mereka sehari lagi.

    Hal ini pernah berlaku kepada seorang rakan. Lebih malang lagi, semua hotel sudah penuh ditempah, jadi dia tiada pilihan selain bermalam di dalam keretanya.

    Pada pandangan saya, apabila mengunjungi negara jiran dengan menggunakan kereta, kita perlu merancang perjalanan dengan lebih bijak, terutama sekali semasa musim cuti persekolahan, apabila lebih ramai orang menyeberangi sempadan.

    Pihak berkuasa hanya mampu berusaha setakat yang termampu untuk mengurangkan kesesakan.

    Jika para pelancong terus mengabaikan kemungkinan terlepas waktu penutupan sempadan, tiada sesiapa untuk dipersalahkan kecuali diri sendiri.

    Oleh itu, dengan perancangan yang bijak dan sikap bersedia, awda dapat mengurangkan tekanan perjalanan dan memastikan pe-ngalaman perjalanan yang lebih lancar.

    Moksin Hamdani

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...