Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rancang perjalanan mesra poket ke Malaysia dan Thailand dengan mudah bersama AirAsia

    Teringin nak bercuti tapi tak nak pergi jauh-jauh? Apa kata kita berkunjung ke negara jiran di seberang dan meneroka keistimewaan tempatan di sana. Bumi Asia Tenggara di depan mata kita sebenarnya menyimpan pelbagai tarikan yang belum kita selami terutamanya keunikan budaya, tradisi tempatan, serta gaya hidup masyarakat serantau.

    Setiap bandar dan desa, jalan dan lorong, pengembaraan dan hiburan, taman dan hutan, pantai dan pulau, perjalanan dan pengalamanmasing-masing menyimpan pelbagai kisah tersendiri yang belum awda ketahui dan terokai. Apabila awda melihat benda baru dan berinteraksi dengan orang tempatan, perjalanan awda menjadi lebih menarik dan bermakna. Cerita perjalanan awda sebenarnya bermula dari saat-saat sebegini.

    Kepelbagaian dunia Asia Tenggara yang belum kita teroka

    Asia Tenggara mungkin tidak asing bagi sesetengah orang, namun ramai lagi yang masih tidak kenali Asia Tenggara secara dekat. Awda mungkin terserempak dengan lorong tersembunyi tertentu yang membuka mata awda. Ataupun percutian tepi pantai yang cukup seronok untuk seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik dari pagi hingga senja.

    Melihat pada peta dunia, kedudukan strategik Asia Tenggara sebenarnya mengangkang hemisfera utara dan selatan dengan jarak sepanjang hampir 6,700kmdari utara ke selatan. Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Andaman adalah antara permukaan bumi yang diliputi air di rantau ini yang menggabungkan tanah besar (daratan) dan kepulauan seluas 13.5 juta km². Asia Tenggara mempunyai 11 negara termasuk Timor-Leste yang terletak di kawasan peralihan antara Asia Tenggara dan Oceania, utara Australia.

    Selami kemajmukan ASEAN yang membuka mata

    Disatukan oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang merangkumi 10 negara termasuk Brunei, Asia Tenggara dihuni hampir 700 juta penduduk – menjadikannya rantau ketiga paling padat di dunia selepas India dan China.

    Jelas sekali, Asia Tenggara menyajikan kekayaan sejarah, budaya, gastronomi dan geografi yang meluas. Pelbagai bangsa dan bahasa wujud berdampingan, disertai adat resam tempatan dan hidangan tradisional yang unik. Ini ditambah pula dengan pengaruh penjajahan Barat serta bentuk muka bumi yang mempesona. Ini bermakna banyak pengalaman istimewa menanti penerokaan awda.

    Santai-santai serantau bersama keluarga atau kawan

    Apabila awda membuat kunjungan serantau, perbezaan zon waktu adalah minimum atau langsung tiada. Ini bermakna jet lag tidak lagi menjadi isu. Meskipun bagi perjalanan selama seminggu ke beberapa destinasi berlainan di Asia Tenggara, penyediaan bagasi juga tidak menjadi masalah kerana iklim serantau adalah sama.

    Awda juga boleh melawat beberapa negara jiran dalam satu perjalanan dengan memanfaatkan sambungan penerbangan yang sedia ada, seperti dari Brunei ke Malaysia, dan seterusnya ke Thailand.

    Seribu pengalaman baru menanti awda di Krabi

    Bayangkan senyuman kepuasan awda muncul dalam satu poskad dengan latar belakang yang begitu indah! Inilah pesona Krabi yang terletak di pantai barat Thailand, pinggir Laut Andaman. Terkenal dengan tebing batu kapur yang terpacak tinggi, air laut berwarna biru kehijauan, dan pantai berpasir putih yang menakjubkan, Krabi adalah sebuah syurga alam semula jadi yang memang memukau pengunjung.

    Awda boleh memulakan pengembaraan Andamandengan Ao Nang, iaitu sebuah tempat pesisir bertenagayang sesuai untuk menikmati suasana senja dan malam, serta aktiviti ‘beach hopping’ dan ‘island hopping’ yang menyeronokkan. Ini termasuk kunjungan ke Phi Phi Islands, Hong Islands, Chicken Island dan sebagainya untuk bersiar-siar, selam permukaan (snorkelling) dan selam skuba.

    Ringkasnya, Ao Nang menggabungkan keindahan alam semula jadi dan aktiviti rekreasi untuk semua termasuk pelancong solo, pasangan, keluarga dan ‘backpacker’. Tempat yang serba lengkap ini memberi pelbagai pilihan penginapanuntuk bajet berlainan termasuk resort mewah.

    Untuk menikmati pemandangan tebing batu kapur secara dekat, Railay Beach menjadi pilihan. Selain aktiviti panjat tebing, kayak laut dan trekking’ di hutanturut popular. Dengan keindahan pantai berpasir putih berdampingan gua tersembunyi, lagun, dan laluan hutan, Railay Beach menjadi lokasi sempurna untuk bergambar dan bersantai. Terdapat pelbagai restoran, kafe dan bar tepi laut untuk berehat selepas seharian beraktiviti.

    Ringkasnya, Krabi mempamerkan keseimbangan persiaran tanpa kesesakan dengan suasana mesra pelancong untuk ketenangan bersantai.

    Rancang perjalanan awda dengan mudah bersama AirAsia

    Sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara dan selanjutnya, Kuala Lumpur menawarkan sambungan yang luas ke semua negara ASEAN dan SELANJUTNYA termasuk China, Jepun, Asia Tengah dan Australia.

    Ini bermakna AirAsia turut menawarkan laluan Fly-Thru [dari Brunei > Kuala Lumpur (Fly-Thru) > destinasi seterusnya] dekat dan jauh seperti Krabi, Bangkok, Surabaya, Osaka, Perth dan Almaty.

    Sebagai contoh, penerbangan terus AirAsia dari Bandar Seri Begawan (BWN) ke Kuala Lumpur (KUL) dan Jakarta (CGK) masing-masing mengambil masa kira-kira 2 jam dan 20 minit, dan 2 jam dan 30 minit sahaja.

    Bagi penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Krabi (KBV), contohnya, mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit sahaja, iaitu jarak yang dekat.

    Dengan ketersambungan AirAsia yang sedia ada, awda boleh menggabungkan Kuala Lumpur dan Krabi dalam satu perjalanan. Selain penerbangan, perancangan ini termasuk khidmat ‘e-hailing, penginapan hotel dan pakej pelancongan, semuanya boleh disempurnakan dengan mudah dengan hanya menggunakan hujung jari awda.

    Diskaun 25% untuk semua tempat duduk dan penerbangan

    Awda dapat menikmati tawaran promosi ini bagi tempahan yang dibuat dari sekarang hingga 27 April 2025 untuk perjalanan yang berlaku dalam rangka masa dari 28 April hingga 30 November 2025.

    Seronok, baloi dan memberikan ketersampaian di merata sudut, penerbangan AirAsia meliputi benua Asiayang luas, termasuk seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya seperti China, Jepun dan Australia. 

    Rancang perjalanan awda dengan mudah dan selesa melalui aplikasi mudah alih AirAsia MOVE yang komprehensif.

    Tempahan dalam talian mudah sahaja

    Klik dan muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui pautan di bawah:

    https://www.airasia.com/en/gb

    Untuk menikmati tawaran eksklusif ahli serta mengumpul mata ganjaran khas untuk ahli. Aplikasi ini turut membolehkan awda daftar masuk (check in) seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas dan menggunakan e-Boarding Pass untuk menaiki penerbangan.

    Selamat berjalan-jalan dan makan angin! 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda