Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rancangan bina stesen janakuasa nuklear pertama diluluskan

    ALMATY, 7 OKT – Kazakhstan telah meluluskan rancangan untuk membina stesen janakuasa nuklear pertamanya dalam satu pungutan suara, mengatasi ketidakpuashatian yang berlarutan terhadap pendedahan radiasi besar-besaran daripada ujian nuklear era Soviet.

    Negara Asia Tengah itu merupakan pengeluar uranium terbesar di dunia dan mempunyai rizab minyak yang besar tetapi ia mengalami kekurangan tenaga.

    Undian ‘Ya’ memenangi 71.12 peratus dalam pungutan suara kelmarin dan peratusan keluar mengundi ialah 63.66 peratus, kata suruhanjaya pilihan raya Kazakhstan hari ini.

    Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, menyatakan kelmarin beliau lebih suka konsortium antarabangsa terdiri daripada syarikat global yang dilengkapi dengan teknologi canggih.

    Kempen ‘Ya’ telah mendominasi sepanjang undian di mana ia telah menimbulkan kebimbangan pihak lawan tentang kemungkinan berlakunya pertikaian.

    Berpuluh-puluh orang telah ditangkap beberapa minggu sebelum pungutan suara, menurut media swasta tempatan.

    Stesen janakuasa itu akan dibina berhampiran perkampungan separa terbiar Ulken di padang rumput Kazakh di tepi Tasik Balkhash, tasik kedua terbesar di Asia Tengah. – AFP

    Gambar menunjukkan pemandangan tapak pembinaan loji tenaga nuklear yang dirancang di kampung Ulken, terletak di tepi Tasik Balkhash, kira-kira 400 kilometer di utara Almaty pada 21 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda